Piagam Pelanggan Bahagian Dakwah
- Memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat tidak kurang daripada sepuluh (10) kali sebulan bagi setiap daerah.
- Memastikan pelaksanaan Program Rasmi Keagamaan Kerajaan di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
- Memproses permohonan dan pendaftaran memeluk Islam dalam masa tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima.
- Memastikan perlaksanaan Program Saudara Kita dan Orang Asli di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
- Memastikan pelaksanaan lawatan ke hospital dan rumah kebajikan kerajaan dilaksanakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali sebulan di Peringkat Ibu Pejabat dan Daerah.