Piagam Pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan
- Mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Melaksanakan pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tuntutan terhadap satu perkhidmatan atau bekalan dibuat.
- Melaksanakan latihan / kursus Jabatan kepada anggota Jabatan sekurang-kurangnya sepuluh (10) jenis latihan / kursus setahun.
- Mengambil tindakan menghantar peserta dari kalangan anggota Jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh menerima kursus / latihan / bengkel / yang berkaitan dari pihak luar.
- Setiap aset hendaklah didaftarkan dan diedarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengesahan penerimaan.