Piagam Pelanggan Bahagian Undang-Undang Syariah
- Mengeluarkan kelulusan untuk kebenaran berkahwin dalam tempoh tiga puluh (30) minit setelah permohonan yang lengkap diterima.
- Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah dalam masa tiga puluh (30) hari setelah majlis pernikahan.
- Mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Perintah Mahkamah Syariah diterima oleh KPNCR.
- Mengeluarkan Surat Perakuan Rujuk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penceraian didaftarkan oleh KPNCR.
- Memproses permohonan pendaftaran perkahwinan bagi warganegara asing di negeri Johor mengikut tatacara yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan keputusan permohonan Tauliah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas temuduga dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor
- Memaklumkan Kelulusan penerimaan masuk Peguam Syarie dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas peperiksaan kelayakan dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.