1. Mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  2. Melaksanakan pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tuntutan terhadap satu perkhidmatan atau bekalan dibuat.
  3. Melaksanakan latihan / kursus Jabatan kepada anggota Jabatan sekurang-kurangnya sepuluh (10) jenis latihan / kursus setahun.
  4. Mengambil tindakan menghantar peserta dari kalangan anggota Jabatan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh menerima kursus / latihan / bengkel / yang berkaitan dari pihak luar.
  5. Setiap aset hendaklah didaftarkan dan diedarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pengesahan penerimaan.
  6. Mengeluarkan kelulusan untuk kebenaran berkahwin dalam tempoh tiga puluh (30) minit setelah permohonan yang lengkap diterima.
  7. Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah dalam masa tiga puluh (30) hari setelah majlis pernikahan.
  8. Mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Perintah Mahkamah Syariah diterima oleh KPNCR.
  9. Mengeluarkan Surat Perakuan Rujuk dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penceraian didaftarkan oleh KPNCR.
  10. Memproses permohonan pendaftaran perkahwinan bagi warganegara asing di negeri Johor mengikut tatacara yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas permohonan lengkap diterima.
  11. Mengeluarkan keputusan permohonan Tauliah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas temuduga dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor
  12. Memaklumkan Kelulusan penerimaan masuk Peguam Syarie dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas peperiksaan kelayakan dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  13. Memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada masyarakat tidak kurang daripada sepuluh (10) kali sebulan bagi setiap daerah.
  14. Memastikan pelaksanaan Program Rasmi Keagamaan Kerajaan di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
  15. Memproses permohonan dan pendaftaran memeluk Islam dalam masa tujuh (7) hari selepas dokumen lengkap diterima.
  16. Memastikan perlaksanaan Program Saudara Kita dan Orang Asli di Peringkat Negeri dan Daerah mengikut takwim yang disediakan.
  17. Memastikan pelaksanaan lawatan ke hospital dan rumah kebajikan kerajaan dilaksanakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali sebulan di Peringkat Ibu Pejabat dan Daerah.
  18. Memastikan tindakan bagi aduan baru dapat dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan tiga puluh (30) hari bekerja bagi kes yang berulang.
  19. Melaksanakan sesi khidmat nasihat tidak melebihi empat puluh lima (45) minit atau mengikut keperluan kes.
  20. Memastikan pelaksanaan program Bahagian Pembangunan Keluarga sebanyak lima (5) program di peringkat negeri dan daerah.
  21. Membuat tindakan ke atas aduab fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja atau mengikut keperluan kes selepas aduan lengkap diterima.
  22. Membuat tindakan ke atas aduan penapisan dan siasatan media dengan tujuan pencegahan, pengedaran dan penyebaran Al-Quran dan tafsir, buku-buku agama, majalah, video/cakera padat dan perhiasan yang mengandungi ayat Al-Quran yang didapati salah atau bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja atau mengikut keperluan kes selepas aduan yang diterima lengkap dengan bahan terbitan.
  23. Memastikan teks Khutbah diterima oleh imam untuk dibaca dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh khutbah.
  24. Memastikan perlaksanaan program latihan kepada Pegawai-pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor dibuat secara sistematik sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setahun.
  25. Memastikan pelantikan Pegawai-pegawai Masjid dan Surau dibuat secara sistematik dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh lulus temuduga dan dokumen lengkap diterima dari Pejabat Kadi Daerah.
  26. Memastikan pelaksanaan program Pencegahan kepada masyarakat umum sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
  27. Menguruska penerimaan aduan atau maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap (KTBT) atau Kesalahan Boleh Tangkap (KTB) yang lengkap dan penilaian dalam tempoh 24 jam.
  28. Memulakan risikan atau operasi penguatkuasaan dalam tempoh 48 jam selepas penilaian dan arahan diterima dari KPPA / KUPAD.
  29. Membuka kertas siasatan dan menjalankan penyiasatan jenayah syariah atau mal dalam tempoh 24 jam selepas menerima arahan dari KPPA, KUPAD atau KPS.
  30. Mendaftarkan kes-kes lengkap yang diterima daripada Bahagian Penguatkuasaan yang hendak dituduh di Mahkamah Syariah dalam masa tidak melebihi 30 hari selepas menerima Kebenaran Mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie.
  31. Memfailkan notis rayuan atau permohonan semakan kes dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan perbicaraan.
  32. Memfailkan petisyen rayuan dalam masa sepuluh (10) hari selepas menerima perbicaraan hakim dari mahkamah.

Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

4 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz (PSH) Kerajaan Johor
Muat Turun Di Sini : bpi.johor.gov.my/index.php/2016-04-21-09-31-10/borang
Tarikh tutup permohonan : 08 OKTOBER 2018 (ISNIN)
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

9 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Kenyataan Tender : Menerbit, Mencetak Dan Membekal Kitab Darjah 4 & TAJ SAKJ
Tarikh Mulai Dijual : 24 September 2018 (Isnin) 10.00 Pagi
Tarikh Tutup Tender : 14 Oktober 2018 (Ahad) 12.00 T/hari
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

9 hours ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Kenyataan Tender : Membekal & Menghantar Perabot SAKJ
Tawaran mulai dijual : 23 September 2018 (AHAD)
Tarikh tutup tender : 14 OKTOBER 2018 (AHAD) sebelum 12.00 tengahari
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

3 days ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Majlis Perasmian Surau Kampung Orang Asli Tanjung Tuan, Mersing telah disempurnakan Perasmiannya oleh Tuan Haji Md. Rofiki Bin Dato Haji A. Shamsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Majlis telah berlangsung pada 23 September 2018 (Ahad) jam 3.00 Petang di Surau Kampung Orang Asli Tanjung Tuan, Mersing.

Alhamdulillah.. Semoga dengan adanya surau ini, Syiar Islam akan terus berkembang maju di Perkampungan Orang Asli Negeri Johor.
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook

1 week ago

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
'Live Facebook'

Pementasan Teater Lukman Al Hakim Sempena Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Ta'zim

#100tahunpendidikanislamnegerijohor
... See MoreSee Less

Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 56,788

Tarikh Kemaskini : 24 September 2018