Merujuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor tahun 1897, fasal 28, Jemaah Menteri telah diinstitusikan secara bertulis. Berikutan itu, rombakan besar dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor telah dilakukan. Diantara Jabatan baru yang diwujudkan ialah Jabatan Agama dan Pelajaran (Ecliastical And Education Department ). YM Ungku Mohd Khalid bin Daeng Ibrahim telah diperkenan menjadi Yang Dipertua Jabatan Agama dan Pelajaran.  Dari segi tarafnya, Jabatan tersebut boleh disifatkan bertaraf kementerian apabila beliau dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Sebagai agensi kerajaan, Jabatan Agama dan Pelajaran mempunyai satu jawatan eksekutif yang terpenting iaitu Setiausaha. Orang pertama menyandang jawatan itu ialah Mohd Khalid bin Haji Abdul Munshi dalam tahun 1906. Bahagian Pelajaran dipisahkan sebagai satu Jabatan yang berasingan. Pada tahun 1918, organisasi Jabatan Agama dapat digambarkan seperti berikut :
 
Yang Dipertua Jabatan ( Ungku Omar Ahmad), Pentadbiran Am (Naib Yang Dipertua Jabatan Ungku Abdul Rahman) Pejabat Mufti, (Syed Abdul Kadir Mokhsen),
 
Pejabat  Kadi (Haji Mohd Nasir bin Haji Salim), Bilal-Imam (daerah-daerah), Kadi Batu Pahat dan Kadi Muar.
 
Manakala struktur organisasi Jabatan Agama Johor pada tahun 1921 adalah seperti berikut :
 

Carta Jabatan Agama Islam Negeri Johor Tahun 1912

 
Struktur pentadbiran Jabatan Agama Johor dan Pelajaran kelihatan lebih teratur dan tersusun, begitu juga pengkhususan tugasan jika dibandingkan dengan keadaan di akhir abad ke-19. Pada abad tersebut untuk menentukan awal Ramadan, ia wajib ditentukan oleh tiga orang tokoh agama. Contohnya, puasa pada 1 Ramadan 1302 Hijrah disahkan oleh Hakim Haji Mohd Salleh selaku “Syeikhul Islam Johor” dan Mufti Syed Salim bin Ahmad Al-Attas. Agak sukar ditemui peranan Syeikhul Islam di Johor tetapi peranan Pejabat Mufti pula jelas, iaitu bertanggungjawab menegeluarkan tauliah mengajar agama Islam kepada guru-guru agama. Manakala Pejabat Kadi selaku Pendaftar cerai dan rujuk juga bertanggungjawab kepada soal-soal masjid dan kakitangannya. Antara jentera Jabatan Agama Johor yang penting iaitu Jawatankuasa Pelajaran Agama yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut:

  1. Pentadbiran dan Penubuhan Sekolah Agama termasuk Sekolah-sekolah Arab.
  2. Peperiksaan Sekolah Agama
  3. Pengambilan guru-guru agama dan menyelesaikan masalah guru agama termasuk kenaikan pangkat.
  4. Sukatan Pelajaran Agama Islam
  5. Menyemak kitab-kitab

 
Berdasarkan peranan Jawatankuasa Majlis dan Jawatankuasa Pelajaran Agama Johor, satu rumusan dibuat iaitu kedua-dua jawatankuasa itu merupakan nadi yang menggerakkan Jabatan Agama Johor. Kedua-dua jawatankuasa tersebut adalah badan penggubal dasar manakala Jabatan Agama melalui pengawai-pegawainya sebagai saluran pelaksanaan dasar dan keputusan kedua-dua jawatankuasa itu.

 


Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2076333
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

Sunday 4th June 2023, 11:59

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Info : Bantuan Khas secara "One-Off" sebanyak RM 600.00 kepada Imam, Bilal, Noja Masjid dan Guru Takmir bagi tahun 2023 oleh pihak JAKIM telah dikreditkan ke akaun penerima-penerima yang layak. Bayaran telah selesai disempurnakan berakhir bulan mei 2023.BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAUJABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR ... See MoreSee Less
Lihat di Facebook

Friday 2nd June 2023, 10:04

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
BERSYUKUR ITU NIKMATSetiap saat kita telah mendapat nikmat yang banyak dari Allah SWT. Namun kita ini terus merasakan kurang mendapat nikmat yang diberikan oleh Allah SWT‎. Allah SWT telah memberikan kesihatan yang jika dibayar amatlah mahal. Allah SWT berikan umur panjang, yang kalau dibeli dengan seluruh harta kita pun, tak akan sanggup kita membayarnya. Namun demikianlah diri ini, hanya menggap harta saja sebagai nikmat, harta saja yang dianggap sebagai rezeki. Padahal kesihatan, umur yang panjang dan keimanan yang mana ianya lebih besar nilainya. Kesemua itu adalah nikmat Allah SWT yang luar biasa yang kadangkala kita lupa untuk menghargainya.Saudaraku! kita pasti telah membaca dan memahami bahawa kunci utama kenikmatan pada diri kita ialah sikap syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Dalam ayat suci Al Quran yang barangkali kita pernah mendengarnya, Allah SWT berfirman,وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu” (Surah Ibrahim: ayat 7).Kita mungkin hanya mengetahui berbagai nikmat yang berada di hadapan kita, misalnya rumah yang mewah, kenderaan yang bagus, gaji yang besar dan sebagainya. Begitu juga kita sentiasa mengharapkan nikmat lain seperti berharap agar tetap istiqomah dalam agama ini, bahagia di masa mendatang, hidup dengan lengkap segala-galanya, dan sebagainya. Namun, ada pula nikmat yang mungkin tidak kita rasakan, padahal itu juga adalah sebahagian dari nikmat. Oleh itu, teruskanlah bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita walaupun kuantiti, saiz atau nilainya sedikit dimata kita.Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh klik pada link yang telah diberikan di bawah;toyyibpay.com/Derma10 Atau menyumbang melalui Aplikasi Boost E-Wallet yang boleh di muat turun melalui Google Playstore & Apple AppstoreLayari Laman Sesawang Rasmi TPMJwww.tpmj.gov.mySemoga dengan sumbangan anda hari ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan masjid dan surau diseluruh negeri Johor.#tabungmasjidjohor #kelebihanmenderma #infakharta #sahamakhirat ... See MoreSee Less
Lihat di Facebook

Friday 2nd June 2023, 10:00

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
"Jom Takmir"🎙️ Al Fadhil Ustaz Ishaq Hanis Asmail(Penolong Pengarah, Bhg Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ)📖Kitab Risalah Tauhid🗓️ 2.6.2023🌅Jumaat🕙10 Pagi📱FacJabatan Agama Islam Negeri Johor JohorAnjuran:Bahagian Pengurusan Masjid Dan SurauJabatan Agama Islam Negeri Johor ... See MoreSee Less
Lihat di Facebook

Friday 2nd June 2023, 8:00

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Bersama kita mengajak kepada perkara kebaikan dan bersama mencegah kemungkaran. “SALAM JUMAAT” SEGERALAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT. Jangan sampai Allah tutup hatimu. “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (HR Abu Daud)Unit Pencegahan,Bahagian Penguatkuasaan JAINJ. ... See MoreSee Less
Lihat di Facebook

Friday 2nd June 2023, 8:00

Jabatan Agama Islam Negeri Johor
INFOGRAFIK KHUTBAH JUMAAT HARI INI ... See MoreSee Less
Lihat di Facebook


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 1,905,395

Tarikh Kemaskini : 19 May 2020