Institusi keluarga memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi dimana sebuah keluarga yang bahagia akan melahirkan anggota kerja yang po sitif dan mempunyai daya tahan cabaran yang tinggi dalam kehidupan mereka.

Justeru, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAINJ mengambil inisiatif menganjurkan Program Kecemerlangan Warga Industri Tahun 2018 khusus untuk pekerja yang beragama Islam. Program tersebut telah diadakan dengan jalinan kerjasama Pengerusi dan AJK Surau Panasonic pada :

Tarikh : 23/10/2018 (Selasa)
Tempat : Panasonic Johor Malaysia, Pasir Gudang, Johor.

Pengisian bagi program ini ialah slot ceramah yang bertajuk “Keluargaku Bahagia” serta Taklimat Skim Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor. Seramai 100 orang peserta telah menyertai program ini.

Objektif :

1) Meningkatkan kesedaran dan kepentingan keluarga bahagia dalam pembangunan kerjaya.

2) Meningkatkan kemahiran dan pelaksanaan tanggungjawab dalam institusi keluarga menurut hukum syarak.

3) Memberi penjelasan berkaitan pelaksanaan Skim Bantuan Guaman Syarie Negeri Johor bagi membantu mereka yang layak untuk menyelesaikan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Semoga program seumpama ini dapat membantu para peserta dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dalam konteks dunia dan akhirat.


Hubungi Kami

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.

Tel : 07 2282900 / 01
Fax : 07 2237873 / 07 2239062
Emel : jaj@johor.gov.my



Laman Facebook

Unable to display Facebook posts.
Show error

Error: (#4) Application request limit reached
Type: OAuthException
Code: 4
Please refer to our Error Message Reference.


Penafian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Jumlah Pelawat 85,287

Tarikh Kemaskini : 15 November 2018