Piagam Pelanggan

  • Mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima

  • Memproses permohonan bagi kemasukan

    • Darjah Satu ke Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
    • Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) dan Tingkatan Enam ke Maahad Johor dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan bersijil dalam tempoh tujuh (7) minggu selepas peperiksaan dijalankan

  • Mengeluarkan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) dalam masa enam (6) bulan selepas tamat tarikh rayuan

  • Memastikan setiap pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) telah menerima Skim Pinjaman Kitab (SPK) pada hari pertama sesi persekolahan

  • Mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada pemohon dalam tempoh tiga puluh (30) minit, setelah diluluskan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk

  • Memproses surat permohonan penceramah Agama dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja

  • Memproses surat permohonan program dakwah Jabatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja

  • Memproses permohonan bantuan Saudara Kita dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diperolehi

  • Memproses permohonan pembinaan masjid dan surau ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima

  • Menyediakan teks khutbah untuk tempoh (dua) 2 bulan dan dibaca mengikut tarikh yang telah ditetapkan

  • Mengeluarkan surat pelantikan dan tauliah kepada Pegawai Masjid dan Surau dalam tempoh satu (1) bulan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

  • Memastikan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada pengusahapengusaha produk makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal, premis makanan, barang gunaan, perkhidmatan logistik, rumah sembelihan, pengilangan kontrak/ OEM (Original Equipment Manufacturer) dan peranti perubatan yang layak serta telah diaudit tanpa penemuan ketidakakuran dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja selepas permohonan lengkap dan bayaran fi pensijilan diterima

  • Mengurus penerimaan aduan atau maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap (KTBT) atau Kesalahan Boleh Tangkap (KBT) yang lengkap dan membuat penilaian dalam tempoh 24 jam

  • Memastikan permohonan tambang haji kerajaan yang memenuhi syarat dan lengkap dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri