Fungsi Utama
Unit Audit Pematuhan
- Memastikan syarikat mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
- Nasihat dan tunjuk ajar sekiranya syarikat tidak mematuhi Manual Prosedur.
- Menerangkan hukum-hakam dan fatwa berkaitan bahan yang digunakan.
- Memastikan cara/kaedah sertu premis dan kapal dibuat secara sempurna.
- Menyampaikan ceramah sekiranya syarikat memerlukan penerangan Pensijilan Halal.
- Menjalankan kursus/latihan berkaitan dengan Audit Pematuhan.
Unit Penguatkuasaan & Pemantauan
- Menjalankan pemantauan ke syarikat/premis yang memiliki Pensijilan Halal Malaysia.
- Melaksanakan siasatan dan tindakan terhadap penyalahgunaan logo/perbahasan halal dan isu-isu yang berkaitan.
- Menguatkuasakan undang-undang kesalahan di bawah Akta Perihal Dagang (APD) 2011 Berkaitan Halal.
Unit Pensijilan
- Dokumen permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Bermula penerimaan dokumen hingga kepada penerimaan bayaran.
- Mengendali kaunter pertanyaan permohonan pensijilan Halal Malaysia.
- Urusetia mesyuarat Pra-Panel Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
- Urusetia Mesyuarat Panel Pengesahan Malaysia.
- Urusetia Mesyuarat Kelulusan Permohonan Segera (Fast Track) Pensijilan Halal Malaysia.
- Menguruskan laporan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Johor ke JAKIM bagi tujuan cetakan sijil.
- Menerima, merekod dan menyerahkan Sijil Pengesahan Halal kepada pemohon.
- Menyediakan fail permohonan Sijil Pengesahan Halal.
- Menyemak dokumen Halal Assurance System (HAS) syarikat.
- Menguruskan ulasan agensi bagi permohonan yang terlibat.

Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
