Fungsi Utama
Unit Pentadbiran
- Merancang, menyelia, mengurus mengeyorkan, meluluskan dan meneliti pentadbiran bahagian pengurusan masjid dan surau di negeri Johor
- Mendaftar dan merekod surat-surat di dalam Buku Daftar Rekod setelah diminit oleh Ketua Penolong Pengarah dan diedarkan kepada unit yang berkenaan
- Mendaftar surat di dalam buku pengeposan surat dan di hantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan bagi tujuan pengeposan surat.
- Mengurus dan menyediakan surat permohonan penanggungan dan penyambungan di buat setiap enam (6) bulan seklai dan Pemangkuan kerja dihantar ke Bahagian Khidmat Pengurusan.
- Mengemaskini pengisian jawatan baru, perlantikan pegawai baru dan carta organisasi Bahagian.
- Menguruskan semua jenis cuti iaitu Cuti Rehat, cuti sakit, cuti gantian, cuti tanpa rekod, cuti bersalin, cuti kuarantin, cuti haji dan cuti umrah melalui sistem HRMIS.
- Mengurus dan mengemaskini aset alih pengurusan stor bahagian serta pelupusan harta modal dan inventori.
- Menyediakan Laporan Kad Perakam Waktu.
- Menguruskan pengunaan kenderaan jabatan.
- Menguruskan Aduan Pelanggan (SISPAA).
- Mengurus dan mengemaskini pengurusan fail bahagian.
- Menguruskan kemasukan pelajar latihan industri di Bahagian.
- Menguruskan pesanan tempatan, membuat tempahan jamuan / hotel / tiket penerbangan.
- Menguruskan penyertaan pegawai dalam kursus / bengkel / peperiksaan dan kenaikan pangkat.
- Mengurus dan mengemaskini Buku Log Latihan pegawai dan kakitangan bahagian.
- Menguruskan mesyuarat bahagian dan minit mesyuarat.
- Menguruskan urusan tatatertib bagi kakitangan bahagian.
- Mengurus urus perkhidmatan bahagian seperti pelantikan, kenaikkan pangkat , pemangkuan kerja , permohonan ke luar negara dan pegawai kontrak.
- Menguruskan LNPT dan SKT kakitangan bahagian.
- Mengurus, menyelenggara dan mengemaskini data HRMIS kakitangan bahagian.
Unit Masjid Negeri
- Menyemak permohonan elaun Guru-Guru Al-Quran seluruh Negeri Johor dan Pembimbing Pusat Pengembangan Al-Quran di Tangkak.
- Mengurus hal ehwal Perguruan Al-Quran Negeri Johor.
- Mengadakan Perujian Membaca Berzanji Peringkat Negeri Johor.
- Mengurus hal ehwal Perguruan Berzanji Negeri Johor.
- Mengadakan temuduga permohonan baru dan menguruskan pemantauan penerima Elaun Galakkan dan Isbat Hafaz Al-Quran Negeri Johor.
- Mengurus proses pembayaran Elaun Galakan dan Isbat Hafaz Al-Quran Negeri Johor.
- Menjadikan masjid negeri sebagai tuan rumah dalam majlis rasmi kerajaan dan program keagamaan peringkat negeri.
- Masjid Negeri sebagai sebuah Masjid Warisan dan Masjid Pelancongan.
- Bertanggungjawab mengurus penempatan dan pertukaran Pegawai Masjid Kerajaan Negeri Johor.
- Bertanggungjawab mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Masjid Kerajaan.
- Mengurus hal ehwal Penyelaras Al-Quran Negeri dan Penyelia Al-Quran Daerah.
Unit Kariah & Takmir
- Bertanggungjawab mengurus pungutan khairat bagi masjid dan surau.
- Bertanggungjawab mengurus permohonan yang memerlukan fatwa bagi masjid dan surau.
- Bertanggungjawab mengurus perjawatan penggerak Masjid dan Surau.
- Bertanggungjawab mengurus permohonan bina baru dan bina semula masjid dan surau.
- Bertanggungjawab menyediakan cadangan pelan pembangunan masjid dan surau yang patuh syarak.
- Bertanggungjawab mengurus permohonan mendirikan solat jumaat bagi masjid dan surau.
- Bertanggungjawab mengurus permohonan pelantikan dan penamatan Jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau.
- Bertanggungjawab mengurus majlis perasmian masjid sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
- Bertanggungjawab mengurus program pengimarahan masjid dan surau.
- Bertanggungjawab mengurus program Kelas Takmir.
- Bertanggungjawab mengetuai unit Qariah dan takmir dalam merancang, melaksanakan program dan laporan.
- Bertanggungjawab mengetuai Unit Takmir dalam merancang, melaksana program dan laporan takmir negeri.
- Mengurus dan merancang program takmir masjid dan surau negeri Johor dan meningkatkan profesionalisme guru-guru takmir.
- Mengurus pelantikan penyelaras pentadbiran masjid dan surau daerah (PPMD), pengajian takmir dan pengurusan perkhidmatan bayaran imbuhan dan menyemak, memperakui dan menandatangani serta meluluskan kewangan JAKIM untuk elaun takmir dan program takmir negeri
Unit Pembangunan Latihan
- Mengurus, mengatur dan menyelenggara program pembangunan dan latihan profesionalisme pegawai dan kakitangan masjid dan surau kariah.
- Mengurus elaun JAKIM untuk Imam Masjid Kariah.
- Mengurus elaun Kerajaan Negeri dan MAINJ untuk pegawai masjid dan surau.
- Mengurus tauliah pegawai masjid dan surau.
Unit Khutbah & Tafsir
- Bertanggungjawab mengurus penerbitan Risalah Tafsir Al- Quran mingguan bagi program membudayakan Al-Quran.
- Bertanggungjawab mengurus gerak kerja Pegawai Pentafsir bagi pelaksanaan Pengajaran Tafsir Al-Quran.
- Bertanggungjawab mengurus program, bengkel dan kursus yang berkaitan unit Khutbah dan Tafsir.
- Bertanggungjawab mengurus penyediaan teks Khutbah Jumaat, Khutbah 2 Hari Raya, Khutbah Gerhana dan Khutbah Khas bermula dari penulisan, semakan, tashih, penerbitan dan edaran khutbah.
Unit Tabung Masjid
Nota
Maklumat sedang dikemaskini
Unit Pengurusan Tanah Kubur
- Membina tanah perkuburan Islam yang baru setelah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
- Menyelenggara tanah perkuburan Islam yang sedia ada.
- Pengurusan dan pentadbiran tanah kubur.
- Mewujudkan tabung khas yang dinamakan “Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor” bertujuan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor mencari dana bagi penyelenggaraan tanah perkuburan Islam di Negeri Johor.

Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
