Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

Panduan Permohonan

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang yang diberikan di bawah.
  2. Tempoh permohonan dibuka mulai 06 Ogos hingga 03 September.
  3. Calon hendaklah membaca dan memahami semua maklumat yang disediakan serta membuat perakuan selepas merujuk Buku Panduan Permohonan SMANJ (Manual Pengguna akan dibuka pada tarikh permohonan).
  4. Sebarang kesilapan dalam pengisian maklumat pada borang permohonan adalah menjadi tanggungjawab pemohon sepenuhnya.

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada calon berbangsa Johor.
  2. Calon hendaklah sihat tubuh badan serta mampu berdikari.
  3. Calon mestilah lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
  4. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online). Hanya calon yang melepasi saringan awal berdasarkan jumlah merit tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri Ujian Kelayakan.
  5. Makluman mengenai tarikh-tarikh penting akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui Facebook rasmi Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MyHRMIS Mobile

 
 
 
 
 
 

Electronic Archive Publicising an Agency CIO/CDO or Equivalent

JohorPay
 

Privacy Policy

Publication

Feedback Form