
Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

KHUTBAH JUMAAT
TAJUK : PEMUDA CERDIK NAFSU TERDIDIK
TARIKH : 17 JULAI 2026 | 2 SAFAR 1448 H
HARI : JUMAAT
Download Link Pdf:
drive.google.com/file/d/1jslonansig8ovlEGrK1AH968P9AH9d4U/view?usp=sharing
KHUTBAH KEDUA :
drive.google.com/file/d/1K-KFaYsezKcHD_r6Rus2O0FuRlj4vXG1/view?usp=sharing ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 17 Julai 2026 bersamaan 2 Safar 1448H.
Semoga Allah merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku.
Sembah Takzim daripada Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. ... Lihat LagiLihat Kurang
1 CommentsKomen di Facebook
... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM 2026
🗓 Tarikh: 16 Julai 2026 / 1 Safar 1448 (Khamis)
🕠 Masa: 5.28 petang
Pada tarikh dan waktu tersebut, kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam dan merupakan waktu terbaik untuk menyemak ketepatan arah kiblat.
Cara menyemak arah kiblat :
✅ Tegakkan sebatang objek seperti kayu atau tiang di kawasan yang menerima cahaya Matahari.
✅ Tepat pada jam 5.28 petang, arah bayang-bayang objek yang terhasil menunjukkan arah yang bertentangan dengan Kaabah. Oleh itu, arah kiblat ialah arah yang bertentangan dengan bayang-bayang tersebut.
Manfaatkan peluang ini untuk memastikan arah kiblat di tempat kita adalah tepat.
“Semak Kiblat, Sempurnakan Ibadah.”
#infofalak #istiwaadzam ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran pada 16 Julai 2026 bersamaan 1 Safar 1448H.
Semoga Allah merahmati usia Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota.
Sembah Takzim daripada Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
Mobile uploads ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
Waktu Maghrib merupakan detik yang singkat, namun penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah SWT. Inilah waktu yang seharusnya diisi dengan amal soleh, memperbanyakkan zikir, doa serta mengeratkan hubungan bersama keluarga, bukan disia-siakan dengan perkara yang tidak bermanfaat.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan adab ketika waktu Maghrib dengan menyegerakan solat, memperbanyakkan mengingati Allah SWT dan memanfaatkan masa bersama insan tersayang agar keberkatan malam sentiasa mengiringi kehidupan kita.
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan dan panduan kepada kita semua dalam membentuk keluarga yang berakhlak mulia serta masyarakat yang diberkati Allah SWT.
#bahagianpembangunankeluargajainj
#keluargajannah
#JAINJ ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook
SELAMAT DATANG & AHLAN WASAHLAN
Pejabat Kadi Daerah Mersing mengucapkan Selamat Datang kepada seluruh Ahli Panel Penilaian Anugerah Cemerlang 4P Pengurusan Kariah dan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Peringkat Negeri Johor 1448H/2026M ke Daerah Mersing.
Semoga sesi penilaian yang berlangsung pada 14 Julai 2026M (Selasa) dipermudahkan segala urusan serta berjalan lancar dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Seluruh warga Pejabat Kadi Daerah Mersing mengalu-alukan kehadiran para panel dengan penuh hormat dan takzim.
Selamat datang ke Daerah Mersing dan selamat menjalankan penilaian. ... Lihat LagiLihat Kurang
0 CommentsKomen di Facebook