Tujuan
Memberi panduan lengkap kepada rakyat Johor untuk membuat permohonan kursus pra-perkahwinan Islam secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di laman https://sppim.gov.my
Cara Mendaftar Permohonan
- Layari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia.
- Klik Kursus PraPerkahwinan.
- Klik Permohonan Baru.
- Isi maklumat seperti jenis kursus, negeri, daerah, dan tarikh.
- Pilih kursus yang diingini dan semak maklumat penganjur, tempat serta atur cara.
- Masukkan maklumat peserta dan nombor pengenalan (MyKad, polis, tentera, pasport, dsb).
- Pilih cara bayaran – tunai (kecuali Selangor), pindahan atas talian atau DuitNow.
- Jika secara atas talian, muat naik slip bayaran (PDF/JPG/PNG/GIF).
- Tandakan persetujuan dan klik Hantar.
- Pendaftaran berjaya, dan slip pendaftaran boleh dicetak.

