PERMOHONAN
PENDAFTARAN NIKAH
Permohonan pendaftaran nikah boleh dibuat bagi perkahwinan sebelum berkuatkuasa Undang-Undang, perkahwinan muallaf, individu yang memperolehi taraf warganegara, perkahwinan yang mempunyai Kebenaran Berkahwin di Luar Negeri dan perkahwinan Tanpa Kebenaran Berkahwin di Dalam dan Luar Negeri dengan disertakan Surat Perintah Mahkamah.
PERMOHONAN
PENDAFTARAN CERAI
Permohonan pendaftaran cerai boleh dibuat setelah pengesahan perceraian dibuat di Mahkamah Syariah tempat bermastautin. Surat Perintah Perceraian dari Mahkamah Syariah hendaklah disertakan semasa membuat permohonan pendaftaran ini.
PERMOHONAN
PENDAFTARAN RUJUK
Permohonan pendaftaran rujuk boleh dibuat dalam dua keadaan iaitu rujuk yang berlaku di hadapan Pendaftar dan rujuk yang telah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan mempunyai Surat Perintah Mahkamah.

