Pengenalan
Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor (TPKIJ) telah ditubuhkan pada 31 Disember 2019 dengan tujuan utama untuk mengurus dan mentadbir segala bentuk dana yang diterima melalui potongan gaji, sumbangan awam, serta peruntukan daripada Kerajaan Negeri Johor. Dana ini disalurkan khusus bagi memastikan kelestarian pengurusan Tanah Perkuburan Islam di seluruh negeri, termasuk pembinaan kawasan perkuburan baharu dan penyelenggaraan tanah perkuburan yang sedia ada. Melalui peranan utamanya, TPKIJ berfungsi membina Tanah Perkuburan Islam baharu setelah mendapat kelulusan kerajaan, serta memastikan kawasan perkuburan sedia ada berada dalam keadaan teratur, bersih, dan memenuhi keperluan masyarakat.
Maklumat Untuk Dihubungi
Sebarang pertanyaan dan urusan boleh hubungi:
Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor (TPKIJ)
Aras 1, Blok A,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80000 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: +607-228 1593

