Fungsi Utama
Unit Operasi
- Mengetuai operasi harian, bersama dan bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan.
- Bertanggungjawab menghubungi dan mendapatkan bantuan pihak-pihak dan agensi lain dalam melaksanakan operasi bersepadu.
- Bertanggungjawab memastikan peralatan operasi adalah mencukupi dan sempurna.
- Menyusun jadual operasi berkala dan jadual menghantar OKT ke penjara serta memastikan kelancaran perjalanan
- Bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan waran tangkap dari Mahkamah Syariah Dalam Negeri dan Mahkamah Syariah Luar Negeri.
Unit Pencegahan
- Menerima dan menyiasat aduan yang disampaikan oleh pengadu dan memasukkan segala aduan ke dalam Borang 5.
- Membuat risikan dan intipan atas maklumat yang diterima.
- Mengadakan pameran dan memberi taklimat serta kursus penguatkuasaan
- Mengadakan program di Jabatan-Jabatan Kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor.
Unit Siasatan
- Menerima tangkapan, dokumen-dokumen tangkapan dan barang-barang kes dari unit operasi untuk tujuan siasatan lanjut.
- Melantik Pegawai Penyiasat untuk membuka fail siasatan.
- Menyemak kertas siasatan dan dokumen berkaitan di dalam fail siasatan untuk dirujukkan ke Bahagian Pendakwaan.
- Memastikan OYDS tidak di tahan melebihi tempoh yang dibenarkan dan diberi bon jaminan setelah selesai siasatan.
- Memastikan fail siasatan dan barang kes dijaga dengan selamat di dalam jagaan pegawai penyiasat.

Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
