Piagam Pelanggan

  1. Mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan diterima
  2. Memproses permohonan bagi kemasukan
    1. Darjah Satu ke Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
    2. Tingkatan Satu ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) dan Tingkatan Enam ke Maahad Johor dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
  3. Mengeluarkan keputusan peperiksaan bersijil dalam tempoh tujuh (7) minggu selepas peperiksaan dijalankan
  4. Mengeluarkan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) dalam masa enam (6) bulan selepas tamat tarikh rayuan
  5. Memastikan setiap pelajar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) telah menerima Skim Pinjaman Kitab (SPK) pada hari pertama sesi persekolahan
  6. Mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada pemohon dalam tempoh tiga puluh (30) minit, setelah diluluskan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk
  7. Memproses surat permohonan penceramah Agama dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  8. Memproses surat permohonan program dakwah Jabatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
  9. Memproses permohonan bantuan Saudara Kita dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diperolehi
  10. Memproses permohonan pembinaan masjid dan surau ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima
  11. Menyediakan teks khutbah untuk tempoh (dua) 2 bulan dan dibaca mengikut tarikh yang telah ditetapkan
  12. Mengeluarkan surat pelantikan dan tauliah kepada Pegawai Masjid dan Surau dalam tempoh satu (1) bulan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  13. Memastikan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada pengusahapengusaha produk makanan dan minuman, kosmetik, farmaseutikal, premis makanan, barang gunaan, perkhidmatan logistik, rumah sembelihan, pengilangan kontrak/ OEM (Original Equipment Manufacturer) dan peranti perubatan yang layak serta telah diaudit tanpa penemuan ketidakakuran dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja selepas permohonan lengkap dan bayaran fi pensijilan diterima
  14. Mengurus penerimaan aduan atau maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap (KTBT) atau Kesalahan Boleh Tangkap (KBT) yang lengkap dan membuat penilaian dalam tempoh 24 jam
  15. Memastikan permohonan tambang haji kerajaan yang memenuhi syarat dan lengkap dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MyHRMIS Mobile

 
 
 
 
 
 

Electronic Archive Publicising an Agency CIO/CDO or Equivalent

JohorPay
 

Privacy Policy

Publication

Feedback Form