Pengenalan
Skim Bantuan Guaman Syarie adalah skim bantuan yang diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman syarie yang dibayar mengikut keperluan kes setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Skim Bantuan Guaman Syarie.
Tujuan Pelaksanaan
Pelaksanaan skim ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman syarie bagi kes-kes mal di Mahkamah Syariah.
Syarat-Syarat Pembiayaan
Pemohon hendaklah tergolong dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan sama ada pihak suami atau bekas suami, isteri atau bekas isteri dan memenuhi syarat khusus yang telah ditetapkan sebagaimana berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
- Pemohon mestilah lahir di Negeri Johor atau bermastautin tidak kurang dari 6 bulan berturut-turut
- Pendapatan pemohon tidak melebihi RM3,000.00
- Pemohon tidak mendapat khidmat daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
- Pemohon dari kalangan penerima bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) adalah diutamakan;
- Permohonan hendaklah melalui Perkhidmatan Sesi Khidmat Nasihat Unit Pembangunan Keluarga Pejabat Kadi Daerah
Maklumat Untuk Dihubungi
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Keluarga dan Sosial,
Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Aras 4, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
No. Telefon 07-2076072
atau hubungi terus
Unit Pembangunan Keluarga,
Pejabat Kadi Daerah berhampiran anda.

