Pengenalan
Portal Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini diwujudkan sebagai pusat rujukan digital yang menghimpunkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu guru-guru Sekolah Agama Kerajaan Johor melaksanakan proses pengajaran secara lebih berkesan, interaktif dan sistematik. Portal ini menyediakan akses kepada bahan-bahan pembelajaran mengikut darjah, mata pelajaran, kitab, rancangan pengajaran tahunan (RPT), modul serta sumber sokongan lain yang boleh digunakan sama ada dalam pengajaran bersemuka mahupun secara digital.
Melalui penyediaan bahan yang tersusun dan mudah dicapai, portal ini bertujuan membantu guru meningkatkan kualiti penyampaian ilmu, mempelbagaikan kaedah pengajaran serta memastikan kesinambungan pembelajaran murid selaras dengan keperluan pendidikan masa kini. Portal ini juga menjadi platform perkongsian sumber pendidikan yang menyokong usaha pendigitalan pendidikan Islam di Negeri Johor.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik dalam memperkukuhkan kecemerlangan pendidikan Islam dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing.
Maklumat Untuk Dihubungi
Unit Media Pendidikan,
Sektor Akademik,
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

