Pendahuluan
- Permohonan Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor diuruskan oleh
Bahagian Undang-Undang Syariah,
Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Tingkat 2, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990, Johor Bahru.No. Tel: 07-2282920
Email: uusjohor@gmail.com - Tempoh permohonan baru adalah dari awal Januari hingga 30 September setiap tahun.
- Tempoh pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah dari Bulan Januari hingga 31 Oktober setiap tahun.
- Setiap permohonan akan diproses mengikut “Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015”.
Kelayakan Untuk Memohon Tauliah Peguam Syarie Negeri Johor
Syarat untuk layak sebagai Peguam Syarie;
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Berkelakuan baik disokong oleh 2 orang pengadil (seorang daripadanya ialah majikan)
- Tidak pernah sabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil
- Bukan seorang yang bankrup
- Tidak pernah dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai Penguambela dan Peguamcara
- Memiliki kelayakan akademik
- Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) atau yang setaraf dengannya
- Sekiranya dia seorang Peguambela atau Peguamcara mestilah memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang setaraf
- Lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya perlu.
Sebelum diterima masuk di bawah kaedah (1), pemohon hendaklah menjalan latihan dalam kamar selama enam bulan di mana-mana firman guaman Syarie
Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 5 tahun
Perbandingan Permohonan dan Bayaran Yang Berkaitan
- Permohonan hendaklah kepada Pengerusi Jawatankuasa menggunakan borang 1 beserta akuan dan salinan dokumen pada Kaedah 10 (2).
- Sekiranya diterima masuk menjadi Peguam Syarie oleh Majlis, akan ditauliahkan
- Sijil Peguam Syarie. Fi bayaran RM 500.00
- Sijil Amalan Guaman Syarie. Fi bayaran RM 100.00
- Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie perlu dibuat kepada Setiausaha Jawatankuasa tidak lewat dari 3 bulan sebelum tamat tempoh sijil.
- Fi pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie ialah RM100.00

