Pengenalan
Semua permohonan bagi pembinaan atau kerja-kerja baik pulih masjid dan surau di Negeri Johor hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah.
Sehubungan itu, setiap permohonan wajib menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Bagi tujuan permohonan pembinaan atau baik pulih masjid atau surau, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau yang terlibat hendaklah melengkapkan borang tersebut dengan semua maklumat yang diperlukan. Setelah borang lengkap diisi, pihak AJK perlu mencetak borang berkenaan bersama senarai semak permohonan dan mengemukakannya ke Pejabat Kadi Daerah untuk tujuan pengesahan.
Maklumat Untuk Dihubungi
Sebarang pertanyaan dan urusan boleh hubungi:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Aras 1, Blok A,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80000 Johor Bahru, Johor
No. Telefon: +607-228 1593

