Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu AIn (KAFA) Negeri Johor Tahun 2027

📢 HEBAHAN JAWATAN KOSONG
PERMOHONAN JAWATAN GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) NEGERI JOHOR TAHUN 2027
Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa untuk memohon.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
1) Warganegara MALAYSIA
2) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah / Al-Syariah / Usul Al Din / Manahij Al-U’lum Al-Islamiah dan;
3) LULUS Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM atau setaraf dengannya;
4) LULUS Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat DUA
atau
LULUS Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA / SMA /STAM dan yang setaraf dengannya (SMU / STU).
PERMOHONAN DIBUKA BERMULA:
15 September 2026 jam 9.00 pagi SEHINGGA 15 Oktober 2026 jam 5.00 petang
Permohonan hanya diterima secara online melalui link :
https://forms.gle/17KMVDafuUXRyPB48
atau scan QR CODE yang disertakan di dalam iklan.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

