TAULIAH PENYEMBELIH RUMAH SEMBELIHAN

Garis Panduan Pengeluaran Tauliah Rumah Sembelihan

1 . Tujuan

Garis Panduan Tauliah Penyembelih Tahun 2021 ini bertuiuan memberi penjelasan mengenai Prosedur Permohonan Tauliah Penyembelih Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

2. Rumah Sembelihan Yang Layak Mohon Tauliah Penyembelih
  1. Rumah Sembelihan milik orang Islam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
  2. Rumah Sembelihan milik bukan orang Islam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
  3. Rumah Sembelihan milik orang Islam yang tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
3. Rumah Sembelihan Yang Tidak Layak Mohon Tauliah Penyembelih
  1. Rumah Sembelihan milik Bukan Orang Islam yang tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
4. Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon yang layak memohon Tauliah Penyembelih mestilah memenuhi syaratsyarat berikut

  1. Beragama Islam
  2. Sihat akal dan tubuh badan
  3. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia
  4. Menghadiri kursus yang ditetapkan; dan
  5. Bekerja dipremis penyernbelihan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MyHRMIS Mobile

 
 
 
 
 
 

Electronic Archive Publicising an Agency CIO/CDO or Equivalent

JohorPay
 

Privacy Policy

Publication

Feedback Form