Garis Panduan Pengeluaran Tauliah Penyembelih Korban Dan Akikah
1 . TUJUAN
Garis Panduan Tauliah Penyembelih Tahun 2023 ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Prosedur Permohonan Tauliah Penyembelih Korban Dan Akikah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
2. KATEGORI PERMOHONAN YANG LAYAK MOHON TAULIAH PENYEMBELIH
- Masjid dan Surau diseluruh Negeri Johor.
- Rumah Sembelihan haiwan ternakan milik orang Islam di Negeri Johor.
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon yang layak memohon Tauliah Penyembelih mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :-
- Beragama Islam
- Sihat akal dan tubuh badan
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia
- Menghadiri kursus yang ditetapkan; (Kursus Penyembelihan Ibadah Korban Dan Aqiqah Negeri Johor)

