Aplikasi Atas Talian

Sistem Pengurusan Halal Malaysia

Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS 2020) ialah sistem pengurusan halal yang diperbaharui oleh JAKIM bagi menggantikan Guidelines for Halal Assurance Management System yang mula diperkenalkan pada 2011. Pelaksanaan MHMS meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada syarikat untuk memastikan pematuhan halal sentiasa terjaga.

Sistem JohorPay

JohorPay ialah platform pembayaran dalam talian Kerajaan Negeri Johor yang menyatukan pelbagai urusan bayaran bagi jabatan kerajaan, PBT dan badan berkanun, sekaligus memudahkan pengguna membuat transaksi tanpa perlu hadir ke kaunter. Melalui sistem ini, bayaran berkaitan Halal juga boleh dilakukan dengan lebih cepat dan tersusun, termasuk Bayaran Fi Pemprosesan Halal dan Bayaran Fi Pensijilan Halal, yang membantu pengusaha serta syarikat mengurus permohonan dan pensijilan halal secara digital.

Sistem Penguatkuasaan & Pendakwaan Malaysia

Sistem ejinayat adalah salah satu sistem yang memberi impak positif ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, efisyen, tepat dan selaras dalam menjalankan tugas.Dinamika pengurusan dan cabaran-cabaran semasa perundangan syariah negara ini. Sistem ini digunakpakai Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Agama dan Mahkmah Syariah seluruh Malaysia.

Sistem Pengurusan Aduan Awam Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor Darul Ta`zim dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah secara rasminya menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi menggantikan Sistem Johor Aduan Awam Bersepadu (e-JAWAB) . Sebarang aduan boleh diajukan terus melalui saluran ini.

Sistem SMARTJAINJ - i-Bina Pulih Masjid

Sistem i-Bina Pulih Masjid Surau Johor merupakan platform dalam talian yang dibangunkan bagi mengurus dan memantau permohonan pembinaan serta kerja-kerja pembaikan masjid dan surau di Negeri Johor. Sistem ini membolehkan pengguna berdaftar mengemukakan permohonan, mengemas kini maklumat projek, serta memudahkan pihak pentadbiran membuat semakan, penilaian dan kelulusan secara lebih sistematik, telus dan efisien.

Sistem Permohonan Tingkatan 1 SMANJ

e-SMANJ merupakan sistem pengurusan berasaskan web yang dibangunkan bagi menyokong pengurusan dan pentadbiran Sekolah Menengah Agama Negeri Johor secara bersepadu, cekap dan sistematik selaras dengan keperluan pendigitalan pendidikan semasa.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MyHRMIS Mobile

 
 
 
 
 
 

Electronic Archive Publicising an Agency CIO/CDO or Equivalent

JohorPay
 

Privacy Policy

Publication

Feedback Form