Garis Panduan Pengeluaran Tauliah Penyembelih Jabatan Agama Islam Negeri Johor
TUJUAN
Garis Panduan Tauliah Penyembelih Tahun 2021 ini bertuiuan memberi penjelasan mengenai Prosedur Permohonan Tauliah Penyembelih Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
RUMAH SEMBELIHAN YANG LAYAK MOHON TAULIAH PENYEMBELIH
a. Rumah Sembelihan milik orang Islam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
b. Rumah Sembelihan milik bukan orang Islam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
c. Rumah Sembelihan milik orang Islam yang tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
RUMAH SEMBELIHAN PENYEMBELIH YANG TIDAK LAYAK MOHON TAULIAH
a. Rumah Sembelihan milik Bukan Orang Islam yang tiada Sijil Pengesahan Halal
Malaysia.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon yang layak memohon Tauliah Penyembelih mestilah memenuhi syarat-
syarat berikut :-
a. Beragama Islam
b. Sihat akal dan tubuh badan
c. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia
d. Menghadiri kursus yang ditetapkan; dan
e. Bekerja dipremis penyembelihan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

