Kad Nikah Selain Yang Rasmi Tidak Diiktiraf JAINJ
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ) TIDAK MENGIKTIRAF KAD PERAKUAN NIKAH SELAIN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA AGAMA ISLAM NEGERI
Dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hanya mengiktiraf Kad Perakuan Nikah yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak berkuasa agama negeri mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa di Negeri Johor.
Sehubungan itu, sebarang kad perakuan nikah, kad pasangan, kad suami isteri atau dokumen seumpamanya yang dikeluarkan oleh pihak persendirian, syarikat atau mana-mana pihak adalah tidak diiktiraf dan tidak boleh digunakan bagi sebarang urusan rasmi di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi JAINJ serta memastikan dokumen perkahwinan yang digunakan adalah dokumen yang sah dan diiktiraf.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


