Langkah-Langkah
- Semak status permohonan menggunakan nombor kad pengenalan melalui Sistem Bantuan Kasih Johor.
- Sekiranya anda layak, sila tunggu SMS rasmi daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor nombor 15888. Contoh SMS adalah seperti berikut:
BKJ: Tahniah! 72********50 Anda penerima Bantuan Kasih Johor. Hadir di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada 19 Mei 2026 jam 8.00 pagi. Terima kasih.
- Hadir ke lokasi yang dinyatakan dalam SMS pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS DALAM TEMPOH DUA HARI SEBELUM TARIKH PENYERAHAN tetapi status dalam sistem menunjukkan LAYAK, sila hubungi Pejabat Kadi tempat perkahwinan anda didaftarkan untuk tindakan lanjut.
Syarat-Syarat
- Suami dan isteri perlu hadir bersama. (Wakil tidak dibenarkan)
- Kad pengenalan (asal dan 1 salinan)
- Surat perakuan nikah asal atau sijil nikah asal negeri Johor sahaja (asal dan 1 salinan).
- Paparan layak menerima melalui sistem.
Tarikh dan Lokasi Serahan
Daerah Kluang

Daerah Kota Tinggi

Daerah Tangkak

Daerah Kulai

Jadual tarikh dan tempat serahan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
