Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengesan satu cubaan penipuan melibatkan individu yang menggunakan nama “Ahmad Zaki Bin Abd Jalil” serta gambar seorang kakitangan JAINJ tanpa kebenaran.
Individu tersebut dipercayai menyamar sebagai wakil jabatan dan menghubungi pihak pembekal / supplier bagi tujuan mendapatkan wang atau maklumat tertentu secara tidak sah.
📌 Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa:
- JAINJ TIDAK PERNAH menjalankan sebarang urusan kewangan melalui akaun peribadi atau nombor tidak rasmi
- Semua urusan rasmi jabatan hanya dilakukan melalui saluran dan prosedur yang sah
- Sebarang permintaan mencurigakan adalah BUKAN daripada pihak JAINJ
📢 Orang ramai adalah dinasihatkan untuk:
- Tidak melayan atau memberi maklum balas kepada individu tersebut
- Tidak membuat sebarang transaksi kewangan tanpa pengesahan rasmi
- Menghubungi pihak JAINJ bagi tujuan semakan sekiranya ragu-ragu
- Melaporkan nombor atau akaun terlibat kepada pihak berkuasa
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi JAINJ di talian: 07-207 6333 / 07-207 6324
⚠️ Pihak JAINJ memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya sedang diambil.
Kerjasama semua amat dihargai bagi membendung aktiviti penipuan ini.
Sekian, terima kasih.

Hubungi Kami
Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.
Penafian
Jabatan Agama Islam Negeri Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.












